Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand

Vicente berkata pasukannya masih mempunyai peluang untuk layak ke separuh akhir sekiranya mereka memberikan persembahan cemerlang dan menewaskan Singapura. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
Vicente berkata pasukannya masih mempunyai peluang untuk layak ke separuh akhir sekiranya mereka memberikan persembahan cemerlang dan menewaskan Singapura. – Foto Facebook/Football Association of Malaysia

BANGKOK: Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia Pau Marti Vicente kekal optimis bahawa pasukannya mampu mara ke pusingan separuh akhir pada kempen Piala ASEAN 2024 walaupun tewas tipis 0-1 kepada Thailand malam tadi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali memandangkan mereka beraksi di tempat lawan menentang juara bertahan kejohanan itu.

“Kami tidak layak menerima keputusan malam ini, tetapi inilah bola sepak. Kami bertahan dan menyerang dengan baik, namun satu kesilapan penjaga gol telah dihukum oleh pihak lawan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Rajamangala di sini.

Popular di Malay Terkini

  1. Izz Naqiuddin tekad akhiri kemarau gelaran
  2. SMK Bandar Tasik Kesuma tidak gentar reputasi SMK Bukit Kapar

Beliau menegaskan kesilapan adalah sebahagian daripada permainan, terutamanya dalam perlawanan berintensiti tinggi dan enggan menyalahkan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli atas kesilapan tersebut.

“Kita semua manusia dan kesilapan boleh berlaku. Malangnya, kesilapan penjaga gol selalunya menghasilkan kepada gol, sedangkan kesilapan di posisi lain mungkin tidak dihukum. Kita perlu memberi sokongan kepada Haziq agar dia tidak terus memikirkan kesilapan ini dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya. – Astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *