Israel sahkan serang Iran

TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengakui sedang “melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran,” kata jurucakapnya dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan laporan letupan yang kedengaran di Tehran.

IDF mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang “tidak henti-henti menyerang” Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Seperti setiap negara berdaulat lain di dunia, Israel mempunyai hak dan kewajipan untuk bertindak balas,” tambah kenyataan itu.

IDF juga memberi amaran bahawa “keupayaan pertahanan dan serangannya digerakkan sepenuhnya di Iran.” – Astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *