Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan

BEIRUT: Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.

Hospital Salah Ghandour di bandar Bint Jbeil menjadi sasaran selepas menerima amaran untuk mengosongkan premis, yang menyebabkan kecederaan kepada kakitangannya, lapor Agensi Anadolu.

Pengurusan hospital terpaksa memindahkan petugas perubatan dan pesakit demi keselamatan mereka.

DISYORKAN : Proton e.MAS 7: Kenderaan Elektrik Pertama Proton Lalui Ujian Jalan Raya Menyeluruh

Tentera Israel menyerang kawasan berhampiran dan halaman hospital dengan sekurang-kurangnya empat tembakan meriam, lapor Agensi Berita Lubnan, NNA.

Agensi itu turut melaporkan bahawa kesemua kakitangan hospital awam Marjayoun di selatan Lubnan dipindahkan, menyebabkan hospital tersebut tidak lagi beroperasi selepas menerima ancaman daripada Israel.

Konflik di Semenanjung Gaza merebak ke Lubnan apabila Israel melancarkan serangan maut ke seluruh negara itu pada akhir bulan lalu, mengorbankan lebih 1,100 mangsa dan menyebabkan puluhan ribu orang hilang tempat tinggal. — BERNAMA

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *