YouTube Kini Papar Iklan Ketika Video Dijeda di TV

YouTube telah memperkenalkan paparan iklan semasa video dijeda di televisyen kepada sebahagian pengguna secara rasmi.
YouTube telah memperkenalkan paparan iklan semasa video dijeda di televisyen kepada sebahagian pengguna secara rasmi.

SEBELUM ini di Amanz, kami pernah melaporkan bahawa YouTube mungkin sedang berusaha untuk memperluaskan paparan iklan ketika video dijeda.

Menurut laporan terkini, fungsi paparan iklan semasa video dijeda kini telah dilancarkan secara rasmi di YouTube pada televisyen dan telah diperkenalkan kepada sebahagian pengguna. Dengan pembaharuan ini, iklan akan muncul di samping video yang dijeda.

Baca juga : Proton e.MAS 7: Kenderaan Elektrik Pertama Proton Lalui Ujian Jalan Raya Menyeluruh

Iklan tersebut akan dipaparkan dalam kotak berasingan, dan pengguna boleh memilih untuk menutup iklan tersebut atau mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Pembaharuan ini menunjukkan inisiatif Google untuk meningkatkan pendapatan dari platform tersebut. Pada masa yang sama, ia mungkin akan mengubah pengalaman menonton pengguna, yang mungkin merasa terganggu dengan paparan iklan yang kerap dan terdorong untuk melanggan YouTube Premium.

Sumber : astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *