Kastam Perlis Sita Syabu Bernilai Lebih RM2 Juta Disorok Dalam Teh Cina

Ismail (tengah) mempamerkan dadah jenis syabu seberat 73.319 kilogram (kg) dengan nilai RM2.34 juta yang telah dirampas, semasa sidang media di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar hari ini.
Ismail (tengah) mempamerkan dadah jenis syabu seberat 73.319 kilogram (kg) dengan nilai RM2.34 juta yang telah dirampas, semasa sidang media di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 73.319 kilogram (kg) yang bernilai RM2.34 juta. Dadah tersebut disembunyikan dalam bungkusan teh Cina di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar awal bulan ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata operasi rampasan dilakukan selepas pihaknya memeriksa sebuah kenderaan jenis Isuzu MU-X dengan nombor pendaftaran Thailand di laluan import, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) pada pukul 8.15 pagi, 3 September yang lalu.

Beliau memaklumkan bahawa pemandu kenderaan, seorang lelaki yang dipercayai warga Thailand, telah berjaya melarikan diri.

Baca juga : Debat Calon Presiden: Perang Israel-Hamas Perlu Dihentikan – Kamala Harris

Hasil pemeriksaan, pihak kastam menemui 56 peket teh Cina yang disembunyikan dalam ruangan khas di bawah tempat duduk penumpang barisan kedua.

“Selain itu, 14 bungkusan hitam juga ditemukan disorokkan dalam ruangan khas yang dipercayai diubah suai di lantai tempat duduk penumpang barisan pertama,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pemeriksaan lanjut mendapati dadah disyaki jenis methamphetamine atau syabu berada di dalam peket teh Cina dan bungkusan hitam tersebut.

Ismail berkata, dadah itu dianggarkan boleh digunakan oleh 730,000 penagih dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes lain, Kastam Perlis turut merampas 3,164 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM3,160 termasuk cukai dalam pemeriksaan di sebuah kedai runcit di Kangar dan Kedah pada 5 September yang lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya merampas 22.35 liter minuman keras bernilai RM248.55 dan melibatkan cukai RM1,040.08 yang dipercayai tidak berkastam, juga dalam pemeriksaan di kedai runcit di Kangar dan Kedah.

Sumber : astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *