“Empat Pengganas Dihapuskan Sebelum Dapat Melaksanakan Misi di Barat Laut Pakistan”

Kejadian berlaku di daerah Mohmand apabila sekumpulan empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan.
Kejadian berlaku di daerah Mohmand apabila sekumpulan empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan.

ISLAMABAD: Empat pengebom berani mati terbunuh apabila pasukan keselamatan berjaya menggagalkan serangan mereka ke atas ibu pejabat tentera di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, menurut kenyataan tentera pada Sabtu, lapor Xinhua.

Kejadian tersebut berlaku di daerah Mohmand apabila kumpulan yang terdiri daripada empat pengganas cuba menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan, menurut kenyataan daripada sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR).

Baca juga : Mustahil Digambarkan” – Sandra Lim Bersyukur Dinobatkan Sebagai Miss Universe Malaysia 2024

Usaha mereka untuk memasuki kem tersebut berjaya digagalkan oleh anggota pasukan keselamatan, kata ISPR, sambil menambah bahawa kesemua empat pengebom berani mati itu berjaya dibunuh sebelum mereka dapat menyebabkan kemusnahan.
Operasi pembersihan kini sedang dijalankan untuk menghapuskan sebarang pengganas lain yang mungkin berada di kawasan tersebut, tambahnya.

Pihak tentera menyatakan bahawa pasukan keselamatan Pakistan bertekad untuk menumpaskan ancaman keganasan di negara Asia Selatan ini.

Sumber : astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *