SINGAPURA: Empat penumpang dan tiga anggota kru mengalami kecederaan selepas penerbangan Scoot dari Singapura ke Guangzhou, China mengalami gelora udara pada pagi Jumaat, menurut laporan media tempatan.
Baca juga : RUU Menjatuhkan Hukuman Mati atau Penjara Seumur Hidup kepada Perogol di India
Menurut Straits Times (ST), yang memetik kenyataan daripada anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines itu, seorang penumpang telah dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut setakat 8.30 malam Jumaat waktu tempatan.
Dalam insiden tersebut, pesawat Boeing 787-9 Dreamliner mengalami gelora udara ketika menghampiri Guangzhou, namun berjaya mendarat dengan selamat pada 9.10 pagi. Scoot mengesahkan bahawa kesejahteraan penumpang dan kru adalah keutamaan mereka dan akan memberikan sokongan serta bantuan yang diperlukan.
Sumber : astroawani