KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, yang merupakan sahabat lama Seri Paduka Baginda, di Istana Negara hari ini.
Menurut catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, persahabatan antara Seri Paduka Baginda dan Prabowo telah terjalin selama lebih 40 tahun sejak latihan ketenteraan mereka bersama di Fort Bragg, Amerika Syarikat.
Baca juga : Tujuh Tercedera Selepas Penerbangan Scoot Ke Guangzhou Mengalami Goncangan Kuat
Dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, Sultan Ibrahim dan Prabowo bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, baik di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Prabowo dijangka akan mengambil alih kepimpinan kerajaan Indonesia daripada Presiden Joko Widodo pada bulan Oktober ini.
Sumber : astroawani