QUALCOMM kini menawarkan cip Snapdragon X untuk komputer riba Windows, menyediakan sokongan masa penggunaan bateri yang lebih lama tanpa mengorbankan prestasi Windows.
Terbaru, Qualcomm telah memperluaskan portfolio cip Snapdragon mereka dengan melancarkan cip pemprosesan baharu, Snapdragon X Plus, yang mengusung reka bentuk 8-teras.
Cip ini akan menggerakkan komputer riba Windows, memberikan pengalaman kecerdasan buatan yang lebih baik melalui CoPilot+ PC kepada pengguna. Cip ini dibina menggunakan teknologi 4nm.
Baca juga : Lelaki Ditemui Terbakar Dalam Kebakaran Rumah
Qualcomm menyatakan bahawa rekaan lapan teras pada cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 61%, serta membolehkan komputer riba disambungkan kepada sehingga tiga monitor melalui kuasa GPU pada cip tersebut.
Cip ini juga dilengkapi dengan teras pemprosesan NPU 45 TOPS, menawarkan pengalaman yang lebih baik dalam penggunaan kecerdasan buatan.
Qualcomm menjangka komputer riba yang menggunakan cip Snapdragon X Plus ini akan memasuki pasaran dalam masa terdekat, dengan harga yang lebih rendah dan kompetitif berbanding model lain di pasaran.
Sumber : astroawani