KYIV: Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 271 lagi cedera pada hari Selasa dalam serangan peluru berpandu Rusia ke atas bandar Poltava di tengah Ukraine, menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, lapor Xinhua.
baca juga :Mufti Rusia Terpukau dengan Malaysia, Anggap Negara Islam sebagai Negara Maju
Beberapa individu masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang rosak, dan operasi menyelamat di lokasi kejadian masih diteruskan, kata Zelensky dalam satu kenyataan di Telegram.
Menurut siasatan awal, dua peluru berpandu balistik Iskander-M telah mengenai sebuah institusi pendidikan dan hospital di Poltava, menurut kenyataan daripada Pejabat Pendakwa Raya Ukraine.
Sumber : astroawani