NOKIA tidak lagi menjual telefon pintar setelah hak pelesenan nama dengan HMD tidak diteruskan tahun ini. Kini, terdapat laporan bahawa Nokia mungkin akan menjual perniagaan peralatan komunikasinya kepada Samsung.
Menurut Bloomberg, kedua-dua gergasi komunikasi ini sedang berbincang mengenai kemungkinan Samsung mengambil alih perniagaan tersebut daripada Nokia pada harga $10 bilion. Jika ini berlaku, Samsung akan dapat bersaing dengan Ericsson dan Huawei dalam segmen Radio Access Network (RAN) yang penting untuk telefon mudah alih.
Baca juga : Kes Pemerdagangan Manusia: Polis Jejak Lelaki Bergelar Datuk Seri
Samsung Networks, anak syarikat Samsung Electronics, akan menjadi pengeluar peralatan komunikasi kedua terbesar di dunia dengan pegangan 25.6%. Walaupun Samsung bukanlah nama besar dalam sektor ini sekarang, kelengkapan mereka telah digunakan oleh O2, Reliance Jio, KDDI, NTT DoCoMo, Verizon, dan Vodafone di UK.
Selain itu, dalam tiga tahun kebelakangan ini, mereka telah memecahkan beberapa rekod kelajuan internet mudah alih terpantas dalam ujian 6G.
Sumber : astroawani