Kes Pemerdagangan Manusia: Polis Jejak Lelaki Bergelar Datuk Seri

Razarudin menyatakan bahawa setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan daripada tiga individu, termasuk ahli politik tersebut dan suaminya.
Razarudin menyatakan bahawa setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan daripada tiga individu, termasuk ahli politik tersebut dan suaminya.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang melibatkan seorang ahli politik dan suaminya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan daripada tiga individu, termasuk ahli politik tersebut dan suaminya.

“Kita sedang mengesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan dan turut memanggil tiga penulis artikel berkaitan kes ini. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya kepada Bernama.

Baca juga : Pearly-Thinaah Melangkah ke Final Terbuka Korea

Pada 28 Ogos lalu, media melaporkan bahawa seorang ahli politik, yang juga bekas timbalan menteri, dipercayai aktif dalam sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa yang beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, dilaporkan berkata wanita itu dan suaminya memegang jawatan penting sebagai pengerusi keselamatan sebuah syarikat dan dikatakan terlibat sejak awal 2020.

Baru-baru ini, sebuah video mengenai sindiket ini yang diterbitkan di Indonesia tular di YouTube. Video tersebut menunjukkan ramai rakyat Indonesia menjadi mangsa sindiket ini yang terlibat dalam aktiviti jenayah seperti pemerdagangan manusia, paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia, dan pembunuhan.

Sumber : astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *