BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, mencipta kejutan dengan melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan pada hari Sabtu. Pasangan yang berada di ranking kesembilan dunia itu menunjukkan persembahan bertenaga untuk menang dalam straight set pada separuh akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.
Baca juga : Proton e.Mas 7 Tampil dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2024
Mereka mengejutkan wakil tuan rumah yang juga beregu nombor dua dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee, dengan kemenangan 21-18, 21-13. Di final pada hari Ahad, mereka akan berdepan satu lagi wakil tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong, yang mara selepas menewaskan pasangan senegara, Lee Yu-lim-Shin Seung-chan, dengan keputusan 21-14, 21-11.
Keputusan ini juga memastikan dua wakil negara akan beraksi di final Terbuka Korea apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menewaskan pasangan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.
Sumber : astroawani