Malaysia Terpilih Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Sebelum ini, Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk berkongsi peranan sebagai penganjur bersama Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk berkongsi peranan sebagai penganjur bersama Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Malaysia telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, dengan mempertimbangkan sokongan dari tiga negeri lain. Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), keputusan ini telah dipersetujui oleh jemaah menteri dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga : Tanah Jerlus Masjid India: Teknik ‘Jetting’ Digunakan Selepas Penemuan Objek Tersangkut di Lurah Wisma Yakin

KBS dalam satu kenyataan menyebut bahawa keputusan tersebut dibuat setelah menerima tawaran dari Persekutuan Sukan SEA (SEAGF). Sebelumnya, Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyediakan peruntukan sebagai penganjur bersama Kuala Lumpur.

Selain itu, jemaah menteri juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-21. Ini berikutan kejayaan mereka dalam mengendalikan temasya Sukma 2024 yang berakhir pada 24 Ogos lalu dengan cemerlang.

Sumber : astroawani

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *