5 Warga China Terbunuh dalam Kemalangan Pesawat di Thailand

Gambar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhubungan Awam Chachoengsao menunjukkan pasukan penyelamat sedang beroperasi di lokasi kemalangan pesawat kecil di wilayah Chachoengsao, Thailand.
Gambar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhubungan Awam Chachoengsao menunjukkan pasukan penyelamat sedang beroperasi di lokasi kemalangan pesawat kecil di wilayah Chachoengsao, Thailand.

BANGKOK: Lima warganegara China disahkan terkorban dalam kemalangan pesawat ringan di wilayah Chachoengsao, timur Thailand pada Khamis, menurut kedutaan China di Thailand kepada Xinhua, berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa Thailand.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan selepas pesawat yang membawa dua juruterbang dan tujuh penumpang itu terhempas di kawasan hutan paya bakau sekitar pukul 3.10 petang waktu tempatan.

Baca juga : SUKMA 2024: Muhammad Fakrul Pecahkan Rekod Kebangsaan 400m Lari Berpagar

Pesawat tersebut dilaporkan dalam perjalanan ke wilayah pantai timur Trat, menurut Gabenor Chachoengsao, Chonlatee Yangtrong.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand, pesawat Cessna Caravan C208B penerbangan TFT 209 yang dikendalikan oleh Thai Flying Service terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara sebelum hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *