SUKMA 2024: Muhammad Fakrul Pecahkan Rekod Kebangsaan 400m Lari Berpagar

Muhammad Fakrul (dua, kanan) sedang berlumba dalam acara separuh akhir 400 meter (m) lari berpagar lelaki pada SUKMA 2024 Sarawak di Stadium Sarawak hari ini.
Muhammad Fakrul (dua, kanan) sedang berlumba dalam acara separuh akhir 400 meter (m) lari berpagar lelaki pada SUKMA 2024 Sarawak di Stadium Sarawak hari ini.

KUCHING: Atlet pelapis kebangsaan, Muhammad Fakrul Afizul Nasir, mencipta sejarah sebagai atlet pertama yang memecahkan rekod kebangsaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Muhammad Fakrul, yang mewakili Kelantan, menamatkan perlumbaan 400 meter (m) lari berpagar lelaki dengan catatan masa 51.11 saat (s), sekali gus memadam rekod lamanya sebanyak 51.26s yang dicatatkan tahun lalu.

Dengan catatan ini, beliau bukan sahaja memecahkan rekod peribadinya, tetapi juga memperbaharui rekod temasya SUKMA sebanyak 51.79s yang dipegang oleh Mohd Zafril Mohd Zuslaini dari Pahang sejak tahun 2004 di Negeri Sembilan.

Baca juga : Sindiket Bawa Masuk Warga Asing: Penguat Kuasa KLIA Terima Bayaran Hingga RM2,500

Pingat perak dalam acara tersebut diraih oleh Muhammad Aiman Najmi Mohd Anuar dari Johor dengan masa 53.20s, manakala Emmanuel Muphy Josbert dari Wilayah Persekutuan memperoleh gangsa dengan catatan 53.50s.

Pada bulan Jun tahun lalu, Muhammad Fakrul mencuri perhatian dengan memecahkan rekod kebangsaan 400m lari berpagar yang berusia 18 tahun iaitu 51.28s, yang dipegang oleh Mohd Shahadan Jamaluddin pada Sukan SEA 2005. Atlet berusia 20 tahun ini juga mencatatkan rekod 51.26s dalam Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Asia di Korea Selatan.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *