BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila berjaya melepasi cabaran awal di Kejohanan Badminton Terbuka Jepun baru-baru ini.
Walaupun selepas berehat lama, pasangan Malaysia ini berjaya menewaskan Kazuki Shibata-Naoki Yamada dari Jepun dengan straight set.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, yang kini berada di kedudukan ke-13 dunia, menunjukkan dominasi dalam permainan, meraih kemenangan dengan keputusan 21-13 pada set pertama. Mereka meneruskan prestasi cemerlang pada set kedua, memenangi 21-13 dalam tempoh 39 minit permainan di Arena Yokohama.
Baca juga : Lori Kontena Rempuh Rumah Akibat Pedal Minyak Tersangkut – Polis
Kini, mereka akan menunggu lawan seterusnya sama ada wakil Malaysia, Low Hwang Yee atau beregu dari Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han dalam pusingan kedua.
Sumber : astroawani