Twitch Perkenalkan ‘Video Stories’, Bersaing dengan Instagram dan TikTok

Twitch juga memudahkan pengguna berkongsi klip daripada penstriman serta mempromosikan acara penstriman yang akan datang.
Twitch juga memudahkan pengguna berkongsi klip daripada penstriman serta mempromosikan acara penstriman yang akan datang.

TWITCH kini menambah sokongan perkongsian berformat “Stories” pada platform mereka, membolehkan pengguna menambah video pendek sehingga 60 saat yang dinamakan Video Stories. Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia melalui aplikasi mudah alih Twitch.

Dengan langkah ini, pemilik akaun Twitch dapat terus berkongsi perkembangan dengan rakan-rakan dan pengikut mereka, di samping berinteraksi melalui pertanyaan soalan, bancian, dan sebagainya.

Baca juga : Gempa Bumi Kuat Gegar Semenanjung Kamchatka, Rusia

Ciri ini juga memudahkan pengguna berkongsi klip dari penstriman serta mempromosikan acara penstriman yang akan datang. Ini sekali gus memperluaskan lagi penggunaan ciri berkenaan pada platform tersebut, yang sebelum ini hanya terhad kepada teks dan gambar sahaja.

Langkah ini juga selari dengan permintaan pengguna, terutamanya yang sudah selesa menggunakan Instagram atau TikTok pada masa kini.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *