MOSKOW: Gempa bumi dengan magnitud 7.0 melanda pantai Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Sabtu, menurut laporan Sputnik yang memetik Akademi Sains Rusia (RAS).
“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 6 kilometer (km) dengan magnitud 7.0. Pusat gempa terletak 108 kilometer (67 batu) dari bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy,” menurut akademi berkenaan.
RAS juga melaporkan satu lagi gempa bumi dengan magnitud 4.7 berlaku 116 km dari Petropavlovsk-Kamchatskiy tidak lama kemudian.
Baca juga : Pemandu Lori Dituduh Tolak Teman Wanita dari Tingkat 23 Layak Dihadapkan ke Mahkamah
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia (EMERCOM) melaporkan bahawa gempa pertama dirasakan di seluruh daerah bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy.
Menurut EMERCOM, pasukan penyelamat kini sedang memeriksa bangunan dan tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi itu.
Gabenor Wilayah Kamchatka, Vladimir Solodov, menyatakan bahawa tiada gegaran susulan besar dijangka berlaku.
Sumber : astroawani