Pemandu Lori Dituduh Tolak Teman Wanita dari Tingkat 23 Layak Dihadapkan ke Mahkamah

Nathan menghadapi tuduhan membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, pada jam 10.02 pagi, 28 Februari.
Nathan menghadapi tuduhan membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, pada jam 10.02 pagi, 28 Februari.

SHAH ALAM: Pemandu lori yang didakwa membunuh kekasihnya dengan menolak wanita warga Thailand itu dari tingkat 23 sebuah kondominium pada Februari lalu, layak untuk dibicarakan, kata Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Peguam Sivahnanthan Ragava, yang mewakili V. Nathan, 37, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi oleh Bernama.

“Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman memberitahu Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali bahawa laporan penilaian psikiatri oleh Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, menunjukkan tertuduh dalam keadaan mental yang stabil ketika insiden, justeru layak untuk dibicarakan.

“Mahkamah menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes,” kata Sivahnanthan yang dibantu oleh Cyrus Tiu Foo Woei.

Baca juga :Google Pixel 9 Dikenalkan di Malaysia dan Singapura sebagai Satu-satunya Pasaran Asia Tenggara

Pada April lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri selepas Sivahnanthan memohon demikian kerana tertuduh menunjukkan kesukaran untuk mengikut arahan dan memberikan kerjasama dalam prosiding pertuduhan bunuh yang dihadapinya.

Nathan didakwa membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, pada jam 10.02 pagi, 28 Februari.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau, jika tidak dihukum mati, penjara sehingga 40 tahun dan 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *