HARI ini merupakan hari yang menggembirakan bagi peminat “Team Pixel” apabila siri Pixel 9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Hanya model Pixel 9, Pixel 9 Pro, dan Pixel 9 Pro XL yang akan memasuki pasaran Malaysia, manakala Pixel 9 Pro Fold tidak akan dijual secara rasmi di negara ini.
Di Asia Tenggara, peranti Pixel 9 hanya dilancarkan di Malaysia dan Singapura. Salah satu sebabnya ialah komitmen Google terhadap pasaran Malaysia, terutamanya selepas pengumuman baru-baru ini mengenai pembukaan pusat data Google Cloud bernilai $2 bilion di negara ini.
Baca juga :Sambutan Hari Kebangsaan: Kapasiti Tempat Duduk di Dataran Putrajaya Ditingkatkan
Malaysia kini menjadi negara pertama di Asia Tenggara selepas Singapura yang menawarkan peranti Pixel secara rasmi. Sebelum ini, peminat Pixel terpaksa ke Singapura untuk mendapatkan peranti tersebut.
Tahun ini, Malaysia turut menjadi lokasi pelancaran rasmi bagi Google Watch 3 dan Google Buds Pro 2, menandakan kali pertama kedua-dua peranti ini diperkenalkan di negara ini.
Sumber : astroawani