Sambutan Hari Kebangsaan: Kapasiti Tempat Duduk di Dataran Putrajaya Ditingkatkan

Pada Hari Kebangsaan 2023, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan kemeriahan acara tersebut yang merupakan penganjuran pertama oleh Kerajaan Perpaduan.
Pada Hari Kebangsaan 2023, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan kemeriahan acara tersebut yang merupakan penganjuran pertama oleh Kerajaan Perpaduan.

PUTRAJAYA: Kapasiti tempat duduk bertingkat untuk awam di Dataran Putrajaya akan ditambah bagi menjamin keselesaan orang ramai yang akan berhimpun di sana untuk menyaksikan pelbagai persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata penambahan kemudahan itu bertujuan memastikan semua pengunjung yang dijangka mencecah 200,000 orang dapat merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini.

“Secara umumnya, kita akan gandakan jumlah tempat duduk berbanding tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Kementerian Komunikasi bagi Sambutan HKHM 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi memudahkan dan menambah keselesaan pengunjung pada hari sambutan nanti, 14 skrin LED bersaiz besar akan ditempatkan di beberapa lokasi di sepanjang jalan menuju ke Dataran Putrajaya.

Pada Hari Kebangsaan 2023, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan kemeriahan acara tersebut yang merupakan penganjuran pertama oleh Kerajaan Perpaduan.

Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024, berkata perkhidmatan ‘water taxi’ akan disediakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk memudahkan pergerakan pengunjung dari kawasan parkir ke Dataran Putrajaya.

Baca juga : Pheu Thai Nominasi Anak Perempuan Thaksin Sebagai Calon Perdana Menteri

“Saya difahamkan ada beberapa laluan akan ditutup pada 31 Ogos ini untuk memastikan pengunjung dapat menikmati suasana sambutan Hari Kebangsaan dengan selesa. Jadi, kita sediakan beberapa kemudahan pengangkutan awam termasuk ‘water taxi’.

“Ada sekurang-kurangnya empat lokasi di mana pengunjung boleh menaiki ‘water taxi’ yang akan membawa mereka ke lokasi berdekatan dengan kawasan perbarisan dan perarakan,” katanya.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” dipilih sebagai tema sambutan HKHM tahun ini.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *