Turkiye Rancang Ambil Cap Jari Pelawat yang Memasuki Negara

Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara itu.
Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara itu.

ANKARA : Turkiye merancang melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara ini, lapor Sputnik pada Rabu, memetik akhbar Turki, Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya, mengumumkan bahawa Turkiye bercadang mengambil cap jari daripada individu yang masuk ke negara itu, serupa dengan langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, menurut laporan akhbar tersebut.

Baca juga : Keuntungan MR DIY Melonjak Melebihi RM155 Juta

Kad pengenalan bagi mereka yang menerima status perlindungan sementara, terutamanya warganegara Syria, akan dilengkapi cip, kata menteri itu. Kad pengenalan ini tidak boleh dipalsukan, tambah Yerlikaya seperti yang dilaporkan.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *