iPhone 17 ‘Air’ Bakal Menampilkan Rekaan Lebih Nipis

Ia ditujukan kepada pengguna yang mahukan peranti dengan rekaan nipis dan menarik, walaupun tanpa kuasa atau kamera terbaik.
Ia ditujukan kepada pengguna yang mahukan peranti dengan rekaan nipis dan menarik, walaupun tanpa kuasa atau kamera terbaik.

TERDAPAT laporan baru dari Bloomberg yang menyatakan bahawa Apple akan melancarkan iPhone 17 “Air” dengan reka bentuk yang lebih nipis. Peranti ini menyasarkan pengguna yang mahukan peranti yang kurang berkuasa dan kamera yang tidak terbaik, tetapi dengan reka bentuk nipis yang lebih menarik.

Produk ini seakan-akan iPad Air dan MacBook Air yang tetap menawarkan pengalaman yang baik walaupun tanpa komponen dan spesifikasi yang canggih. Dengan kata lain, ia boleh dilihat sebagai peranti “kelas pertengahan” daripada Apple.

Baca juga : Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia Rosak Akibat Serangan dari Ukraine

Mengapa ia ditawarkan mungkin agak aneh kerana melihat kepada jualan iPhone 15 tahun lalu, model Pro lebih laku berbanding model biasa. Ramai pengguna di Malaysia lebih sanggup membeli model Pro tahun lalu daripada membeli model biasa tahun ini kerana ia dilihat lebih bernilai tetapi masih mempunyai spesifikasi yang tinggi.

Persoalan utama adalah perbezaan antara iPhone 17 Air dengan iPhone SE yang juga dipasarkan sebagai versi mampu milik. Jawapan kepada persoalan ini hanya akan diketahui jika iPhone 17 Air menjadi realiti tahun depan.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *