Nissan perkenal cat yang mampu turunkan suhu kereta hingga 12°C

Cat tersebut mengandungi dua jenis partikel; satu memantulkan gelombang sinar inframerah dekat dan satu lagi menghasilkan gelombang elektromagnet.
Cat tersebut mengandungi dua jenis partikel; satu memantulkan gelombang sinar inframerah dekat dan satu lagi menghasilkan gelombang elektromagnet.

MALAYSIA merupakan negara yang panas, dan suhu dijangka meningkat akibat perubahan iklim.

Antara masalah yang sering dialami ialah kabin dan badan kereta yang panas apabila diletakkan di bawah cahaya matahari.

Nissan kini telah berjaya mengembangkan cat baru yang dikatakan dapat mengurangkan suhu kereta sehingga 12°C. Cat ini mengandungi dua jenis partikel; satu yang memantulkan gelombang sinar inframerah dekat dan satu lagi yang menghasilkan gelombang elektromagnet. Gabungan kedua-dua partikel ini akan memantulkan lebih banyak tenaga matahari dari permukaan kereta, sekali gus mengurangkan suhu permukaan.

Ujian telah dijalankan sejak November tahun lalu pada kenderaan Nissan NV100 yang digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda. Permukaan badan kereta didapati 12°C lebih rendah, manakala suhu dalam kabin pula 5°C lebih rendah berbanding kereta yang menggunakan cat konvensional.

Baca juga : Empat Lokasi di Masjid Tanah Terjejas Banjir Kilat

Namun, cat ini masih belum sedia untuk digunakan pada kenderaan yang dijual oleh Nissan. Masalah utama ialah ketebalannya – sekitar 400 mikron berbanding cat biasa yang hanya setebal 20 mikron. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan berat kenderaan.

Nissan akan terus menjalankan kajian untuk menjadikannya lebih nipis.

Sumber :astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *