LAPORAN KHAS Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus Bakat dalam Situasi Populasi Menua dan Menurun

Singapura meraikan Hari Kebangsaan yang ke-59 pada 9 Ogos.
Singapura meraikan Hari Kebangsaan yang ke-59 pada 9 Ogos.

KUALA LUMPUR: Di sebuah titik kecil di atas peta dunia, terdapat sebuah ekonomi bernilai lebih AS$500 bilion yang juga tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia. Negara ini menjadi tuan rumah kepada pelabuhan laut terbesar dan kedua tersibuk di dunia, mengendalikan hampir 40 juta kontena 20 kaki (TEU) pada tahun 2023.

Dalam usaha membangunkan pusat data mega dalam era digitalisasi, Singapura mengoperasikan lebih daripada 70 pusat data, menjadikannya salah satu hab terbesar di dunia.

Namun begitu, setiap pencapaian ini dihadapkan dengan cabaran yang berpotensi mengancam kelangsungan Singapura. Pada tahun 2024, Singapura melaporkan kadar kelahiran 0.97 bayi bagi setiap wanita, menjadikannya antara 10 negara dengan kadar kelahiran terendah di dunia. Keadaan ini diburukkan lagi dengan jangkaan bahawa pada tahun 2030, satu daripada empat rakyatnya akan mencapai usia tua.

Baca juga : Gambar Rasmi Agong dan Raja Permaisuri Akan Diedarkan Mulai Esok

Penulis berpeluang menemubual beberapa Menteri Kabinet Singapura untuk mendalami isu ini melalui program Malaysian Journalist Visit Programme (MJVP) 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada akhir Julai lalu.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *