WASHINGTON: Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng, dalam satu temu bual eksklusif bersama akhbar Newsweek AS baru-baru ini, telah menghuraikan arahan dan panduan yang ditetapkan dalam Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) penggal ke-20.
Xie berkata, China telah menambah senarai negara asing yang boleh menikmati dasar pengecualian visa, termasuk menyediakan layanan transit tanpa visa di China selama 72 jam atau 144 jam kepada pemegang pasport dari 54 negara termasuk AS. Ramai pelancong asing mengambil kesempatan ini untuk mendekati dan mengenali China dengan lebih mendalam.
Untuk rekod, bilangan pengembara asing yang memasuki China meningkat sebanyak 152.7 peratus tahun ke tahun, mencapai 14.635 juta orang dalam tempoh separuh pertama tahun ini. Jumlah pengembara tanpa visa meningkat sebanyak 190 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Xie menyatakan bahawa pihak China telah memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk memudahkan warga AS dari pelbagai latar belakang masyarakat mengadakan pertukaran, melanjutkan pelajaran, bekerja, atau tinggal di China.
Baca juga : Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Menurut satu keputusan yang dibuat dalam Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat PKC penggal ke-20, sebahagian sistem yang terkait dengan kemudahan hidup untuk pemastautin luar negara, seperti sistem perumahan, rawatan perubatan, dan pembayaran, akan terus ditambah baik, ujar Xie.
Beliau juga memaklumkan bahawa pada fasa seterusnya, China akan terus mengoptimumkan langkah-langkah untuk mempermudah pertukaran dan keanggotaan, supaya pemastautin asing merasa lebih mudah dan selesa ketika mengembara di negara Tembok Besar ini.
“Ayuh! Melanconglah ke China dengan yakin dan selamat datang ke negara ini pada bila-bila masa. Anda pasti akan mendapat pengalaman yang berbaloi melalui pengembaraan yang memukau di negara oriental ini!” tambah Xie.
Sumber : astroawani