KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk akan melanda beberapa kawasan, terutama di Kedah dan Pulau Pinang, sehingga jam 12 tengah hari ini.
Dalam laporan yang dikongsikan di Facebook, MetMalaysia menyatakan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Perak. Kawasan yang terlibat termasuk Kuala Muda.
Selain itu, di Perak, daerah-daerah seperti Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim juga dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir.
Bacu juga : Olimpik Paris 2024: Azeem Fahmi Sampaikan Permohonan Maaf Kepada Warga Malaysia
Di Selangor, kawasan-kawasan yang dijangka terjejas termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, dan Sepang.
MetMalaysia juga melaporkan bahawa seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka menghadapi cuaca yang sama.
Di Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka melanda Seremban, Port Dickson, dan Rembau. Ribut petir turut diramalkan di beberapa kawasan di Melaka seperti Alor Gajah dan Melaka Tengah serta di Johor termasuk Batu Pahat, Pontian, dan Johor Bahru.
Sumbuer : astroawani