3 terbunuh dalam serangan sasar khemah penduduk di tengah Semenanjung Gaza

ANKARA : Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dan lebih 18 yang lain cedera pada Ahad dalam serangan Israel yang menyasarkan khemah penduduk di sebuah hospital di tengah Semenanjung Gaza, kata pejabat media kerajaan, lapor Agensi Anadolu.

“Pasukan pendudukan Israel melakukan serangan di Hospital Syuhada Al-Aqsa dengan mengebom beberapa khemah yang menempatkan orang yang dipindahkan,” menurut pejabat media dalam satu kenyataan mengenai serangan di Deir al-Balah.

“Serangan ini mengakibatkan tiga individu terbunuh dan lebih 18 cedera setakat ini, termasuk kecederaan serius yang sedang dirawat oleh pasukan perubatan di hospital,” tambahnya.

Baca juga : 8 Negeri Dijangka Dilanda Hujan Lebat dan Ribut Petir Hari Ini

Pejabat media tersebut mengutuk “dengan sekeras-kerasnya serangan terbaru yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel.”

Ia mendesak “komuniti antarabangsa serta organisasi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak pasukan pendudukan Israel menghentikan keganasan dan pertumpahan darah di Semenanjung Gaza.”

Israel, yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan berterusan ke atas Gaza.

Lebih 39,500 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 91,300 cedera sejak serangan Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Okt, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *