Olimpik Paris 2024: Azeem Fahmi Sampaikan Permohonan Maaf Kepada Warga Malaysia

Pelari muda negara, Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menduduki tempat tercorot dalam saringan kedua pusingan pertama acara 100 meter di Stade de France sebentar tadi.

Walaupun mencatatkan masa 10.42 saat dalam saringan pertama pusingan kelayakan, dia tidak berjaya memperbaiki catatan masa tersebut dalam saringan kedua dan terpaksa akur dengan rekod masa 10.45 saat.

Baca juga : Rumah Dirempuh Treler, Wanita Disahkan Meninggal

Namun begitu, dia tetap komited untuk terus memburu kelayakan secara merit dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 2028 nanti.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menampilkan aksi terbaik hari ini. Bukan niat saya untuk berlari begini dan bukan keinginan saya juga untuk melalui musim yang sukar seperti ini.

“Untuk rakyat Malaysia, saya, Azeem Fahmi, memohon maaf. Ini adalah proses pembelajaran terbesar dalam hidup saya, dan tiada siapa yang datang ke sini untuk kalah,” kata Azeem Fahmi.

Sumber : astroawani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *