Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke Dhaka sementara situasi di sana masih tidak menentu.
Dalam kenyataan terbaru pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa mereka telah mengambil maklum bahawa ada warga Malaysia yang bercadang untuk pulang ke Bangladesh. Rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh juga dinasihatkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Pelajar Malaysia yang ingin kembali ke Bangladesh untuk meneruskan pengajian mereka diingatkan untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebaik sahaja mereka tiba.
Baca juga : Penang FC Tewaskan KDN FC 3-0
Kementerian Luar Negeri mengingatkan rakyat Malaysia di Bangladesh untuk sentiasa berwaspada dan menghindari kawasan berhampiran dengan perhimpunan atau konflik. Langkah berjaga-jaga harus diambil mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka berkomitmen untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Bangladesh serta memantau situasi secara berterusan.
Menurut laporan tidak rasmi, lebih 200 orang dilaporkan terbunuh sejak 16 Julai. Pertempuran bermula pada 15 Julai antara polis dan penunjuk perasaan pelajar yang menuntut penghapusan kuota 30 peratus untuk keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dalam sektor awam.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia melalui maklumat berikut:
Alamat: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka
House No 19, Road No 6,
Baridhara Diplomatic Enclave,
Dhaka – 1212
People’s Republic of Bangladesh
Nombor telefon: +880241081892 / 1895
+88 018 4179 8077 (untuk kecemasan sahaja)
Sumber : astroawani