Urutan Peristiwa Terhempasnya Helikopter di Malaysia

Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpamanya dalam tempoh sembilan tahun. Berikut adalah kronologi insiden helikopter terhempas sejak tahun 2015:

4 April 2015: Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor, mengorbankan lima penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dan juruterbang Kapten Clifford William Fournier.

5 Mei 2016: Helikopter Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak, menyebabkan enam terbunuh termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

4 Oktober 2016: Helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah, mengakibatkan 14 anggota tentera cedera.

15 Ogos 2018: Helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, menyebabkan dua juruterbang cedera ringan.

27 Februari 2020: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas, Tawau. Kesemua anggota pasukan selamat dengan hanya seorang cedera.

Baca Juga : Pembunuhan Ismail Haniyeh Memicu Era Baru Perjuangan Palestin – Serantau Muslim

8 November 2020: Sebuah helikopter terhempas di Jalan Melawati, Ampang, meragut dua nyawa iaitu Mohamed Sabri Baharom, bekas pegawai TLDM, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi. Dua yang terselamat ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian, yang menaiki helikopter model 9M-HCA dan berjaya melakukan pendaratan cemas.

5 Mac 2024: Sebuah helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas lima batu nautika berhampiran Pulau Angsa ketika latihan menyelamat. Empat penumpang termasuk juruterbang selamat dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi. Helikopter tersebut diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan Perenang Penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Sumber : AstoAwani

https://staysundance.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *