Kematian Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas, dijangka akan menggerakkan seluruh dunia untuk melawan kejahatan Zionis Israel. Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Dr Muhamad Azrin Omar, berkata semangat dan perhatian global terhadap Palestin agak merosot kebelakangan ini disebabkan oleh usaha Zionis untuk menormalisasikan kezaliman dan pembunuhan.
Menurutnya, pembunuhan Ismail Haniyeh akan menghidupkan semula semangat dan fokus masyarakat dunia terhadap Palestin. “Pada saat yang penting ini, kami menyeru kepada semua untuk menghormati legasi Ismail Haniyeh dengan menyokong cadangannya untuk menetapkan 3 Ogos sebagai Hari Solidariti Gaza Sedunia.”
“Ini adalah masa yang sesuai untuk kita bersatu dan memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin. Kami yakin bahawa kematian Ismail Haniyeh bukanlah pengakhiran, tetapi merupakan permulaan baru dalam perjuangan Palestin. Seperti pepatah, ‘satu gugur, seribu akan bangkit’.”
baca juga : Orang Tua Zulfarhan Merasa Bersyukur dan Lega Setelah Putusan Mahkamah Rayuan
“Pemergian Haniyeh akan melahirkan ribuan pejuang baru yang akan meneruskan perjuangannya. Ini adalah masa yang penting di mana kita akan melihat kebangkitan semangat perjuangan yang lebih kuat di kalangan rakyat Palestin dan penyokong mereka di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di Tehran, Iran, pada hari Rabu dalam satu serangan yang didalangi oleh penjajah Zionis. Sehubungan itu, Muhamad Azrin menyatakan bahawa Serantau Muslim mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut.
“Kita semua sedia maklum bahawa penjajah Zionis telah lama menyasarkan pembunuhan terhadap Allahyarham dan pemimpin Hamas yang lain. Serantau Muslim menggesa rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk mengutuk tindakan ini. Kita perlu bersama-sama menunjukkan kemarahan dan solidariti kita terhadap perjuangan Palestin.”
“Kita harus meneruskan perjuangan untuk keamanan dan keadilan di Palestin, sebagaimana yang diperjuangkan oleh Ismail Haniyeh sepanjang hayatnya. Kematian beliau tidak akan sia-sia, tetapi akan menjadi pemangkin untuk perubahan yang lebih besar,” katanya.
Sumber ; astroawani.com